Selasa, 10 Januari 2017

Azean Homestay

Sewa Harian dan Bulanan  1 Unit Banglo Disediakan Berkonsepkan Jati. Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi :Pn Norilyana Tel : 019-5403713, 019-4455918, 09-7784032  Lokasi : Kg. Limbat Pasir tumbuh, Kubang kerian , Kota bharu dan Lokasi yang Strategik dan terdekat  untuk ke dengan Gulatis pasir tumbuh, Universiti Sains Malasia Kubang Kerian(USM), Wakaf Che Yeh, RTC , Pusat Bandar Kota Bharu, Tok Bali, Bandar Satelit Islam dan lain2...


Azean Homestay 2017

Sewa pada kadar tahun baru  2017


normal rate :  RM 150 sehari

weekend dan public holiday : rm200

promosi tahun 2017..Jika booking awal dan melebihi 1 malam..pihak kami akan memberikan  diskaun .

Hiasan Perabot Berkonsepkan jati

Meja Makan Kayu Jati

Hall

Kabinet Tv

King Size Bed

Dapur

Promosi Sempena Tahun 2017..

Sewa Harian 

Normal  : RM150
Weekend, Public Holiday , School Holiday :RM200

*Kami Akan Memberikan Diskaun Jika Memilih homestay kami melebihi 1 hari*

Check in : 2:00 PM
Check Out : 12:05 PM

HUBUNGI PN NORILYANA; 0195403713


Untuk Mengetahui tempat menarik dan lokasi yang boleh dituju, sila baca blog kami yang terdahulu...

Sabtu, 31 Disember 2016

Lokasi sekitar Homestay Azean dan Tempat menarik untuk dilawati

Lokasi sekitar Homestay Azean dan Tempat menarik untuk dilawati

Untuk panduan semua..

Jika bercuti-cuti Ke Kelantan . Mana Nak Pergi Dan Makan yer???


Antara negeri yang paling menarik untuk dilawati ialah Kelantan. Ramai yang sanggup melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini berulang kali kerana keistimewaannya dari sudut bahasa, budaya, sejarah, makanan, tempat menarik dan lain-lain. Paling kurang percutian ke Kelantan tidak akan mengecewakan jika anda ketahui tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Ketahui beberapa tempat yang anda patut tahu semasa di Kelantan.


kel26.jpg



1.Taman Negeri Gunung Stong
kel7.jpg

Tempat pelancongan yang anda boleh lihat air terjun tertinggi di Malaysia iaitu Air Terjun Jelawang, setinggi 3 tingkat. Lihat sendiri keindahan puncak Gunung Ayam dan air terjun yang disapa awan yang lalu menyentuh puncak gunung. Aktiviti yang selalu dilakukan oleh pengunjung ialah mendaki. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk aktiviti ini, bolehlah singgah untuk mengambil gambar sekitar Resort Taman Negeri Gunung Stong yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi dan melihat air terjun.

Alamat : Jelawang, Dabong
No Telefon : 013-998 5382 (Resort)
No Telefon : 09-748 2140 (Jab. Perhutanan Negeri Kelantan)


2. Pantai Cahaya Bulan
kel10.jpg

kel8.JPG

Pantai Cahaya Bulan dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi atau Pantai PCB. Letaknya dari bandar Kota Bharu, kira-kira 10km. Pantai yang sangat terkenal di kalangan pelancong dan pasti dikunjungi apabila ke Negeri Kelantan. Aktiviti bermain layang-layang dan makan adalah antara yang seronok dilakukan. Banyak gerai makanan laut terutamanya ‘cucuk-cucuk’ dijual. Juga terdapat resort dan tapak perkhemahan bagi yang mahu bermalam di sini.


3. Pantai Geting
kel13.jpg
kel12.JPG

Pantai Geting terletak bersebelahan dengan Pantai Seri Tujuh, yang juga terkenal di kalangan pelancong. Sesuatu yang menarik tentang Pantai Geting ialah setiap tahun ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk acara sukan yang disertai peserta dari seluruh dunia iaitu Pertandingan Wau Antarabangsa. Dataran pasirnya yang luas dan angin yang bertiup sempurna menjadikan ia lokasi sesuai untuk aktiviti bermain wau dan layang-layang.

Alamat : Tumpat

4. Tok Bali

kel17.jpg
kel19.jpg

Waktu pagi merupakan masa paling menyeronokkan untuk berkunjung ke Tok Bali kerana kemeriahan aktiviti nelayan dan di Pelabuhan Tok Bali. Anda boleh mendapatkan ikan-ikan segar dan menghayati aktiviti nelayan yang biasanya sibuk di waktu pagi. Lokasi Tok Bali hanya kira-kira 45 minit dari bandar Kota Bharu. Di sini juga terdapat resort 4 bintang dan resort 3 bintang yang sangat popular iaitu Tok Aman Bali Beach Resort dan Villa Vanialla. Pantai Bisikan Bayu ialah pantai paling dekat di Tok Bali.

Meggi Ketam Cherang Ruku

kel21.jpg

Tidak jauh dari Tok Bali, ada restoran yang menyediakan meggi ketam popular di sini. Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan terutama di waktu cuti sekolah. Pastikan anda datang seawal 5 petang sekiranya ingin menikmati meggi ketam yang sangat sedap ini kerana pelanggannya memang sangat ramai. Yang uniknya, ia dihidangkan dalam mangkuk tanah liat dan setiap mangkuk diletakkan 2 ekor ketam bersama mi segera. Ramai selebriti popular pernah singgah makan di sini.

Alamat : Pekan Cherang Ruku, Cherang Ruku, Kelantan
Waktu Buka : 5.00 petang - 2.00 pagi

5. Pasar Besar Siti Khadijah

kel22.jpg
Gambar via iwandered.net
kel23.jpg
Gambar via IG :imranbinmansur

Pasar ini terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Bagi yang berminat mendapatkan ole-ole sebagai buah tangan, wajib singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah. Boleh dikatakan semua buah tangan berasal dari negeri Kelantan ada di sini. Pasar setinggi 3 tingkat ada semuanya termasuk tingkat bawah di mana merupakan tempat menjual barang basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran. Tingkat 2 dan 3 pula dikhaskan untuk kedai menjual pakaian, tudung, beg, kain batik, dan lain-lain. Anda juga boleh makan-makan di medan selera yang terletak di Tingkat 1.

Alamat  : Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu

6. Wakaf Che Yeh
kel24.jpg

Tidak sah lawatan ke Kelantan kalau tidak singgah ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Tempat ini umpama ‘downtown’ yang sangat meriah pada waktu malam. Sebut saja apa yang anda inginkan, semuanya ada dijual di pasar ini seperti pakaian, tudung, aksesori, minyak wangi, tilam, barangan dapur dan lain-lain. Barang basah seperti sayur dan ikan juga ada dijual. Terkenal kerana harga barangan yang dijual murah.

Alamat : Kota Bharu

7. Kota Sultan Ismail Petra

Kawasan ini juga terletak di bandar Kota Bharu. Kota ini menyimpan banyak monumen dan bangunan bersejarah di Kelantan yang telah wujud sejak zaman Perang Dunia Ke-2 dan sebelum Merdeka. Kesemua tempat bersejarah dan muzium yang wujud di di Kota Sultan Ismail Petra berdekatan antara satu sama lain. Anda hanya perlu berjalan kaki saja untuk untuk sampai ke semua tempat ini.

kel25.jpg
Gambar via flickr Reckless me

kel27.jpg
Pintu Istana Balai Besar
kel28.JPG
Istana Jahar

kel29.jpg
Bank Kerapu. Gambar via come2kelantan

kel30.JPG
Bank Pitis. Gambar via Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan

kel32.jpg
Kampung Kraftangan

kel31.jpg
Kampung Kraftangan. Gambar via come2kelantan

kel33.JPG
Masjid Muhammadi. Gambar via Wikipedia

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Sambil jalan-jalan mengelilingi kawasan Kota Sultan Ismail, jangan lupa singgah di restoran makanan melayu Kelantan yang sedap dan terkenal di Kota Bharu iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu. Tentunya pelbagai jenis ulam boleh anda temui di restoran ini. Restoran ini terletak dalam kawasan Kampung Kraftangan.

kel34.jpg

8. Galeri Wau Pak Sapie

Pak Sapie merupakan seorang pembuat wau tradisional di Kelantan. Anda boleh lakukan lawatan ke galerinya yang terletak di Kampung Badang, Kota Bharu. Hasil wau buatan tangan Pak Sapie ini berjaya mendapat tempat di kalangan pelancong termasuk dari luar negara dan beliau turut terkenal di persada antarabangsa dan telah beberapa kali menyertai pertandingan di Australia, Perancis, Denmark, Indonesia dan lain-lain.

Alamat : Kampung Badang, Kota Bharu

kel36.jpg

kel40.jpg

9. Cik Minah Songket & Batik

kel41.jpg

Berminat untuk bawa pulang kain songket dan batik berkualiti? Anda boleh dapatkannya di kedai Cik Minah Songket & Batik. Lawatan anda ke sini tidak lengkap tanpa membawa pulang sepasang kain tenun asli negeri ini. Bukan itu sahaja,i anda boleh saksikan sendiri proses pembuatan batik, tenunan songket dan teknik sulaman menggunakan peralatan mesin dan tradisional.

Alamat : Kampung Penambang, Kota Bharu
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 7.00 malam


kel42.jpg



Sarapan di Kopitiam Kita

Restoran sarapan pelbagai jenis sajian makanan yang istimewa termasuk roti dan nasi. Mereka menyajikan pelbagai nasi bungkus paling popular di Kelantan seperti Nasi Berlauk Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu dan Roti Titab iaitu roti bakar dengan telur separuh masak di atasnya. Memang mantap kalau dapat sarapan di restoran ini.

kel50.jpg

Alamat : Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu


Selain itu terdapat juga maklumat dari website lain yang menyediakan panduan mengenai tempat yang menarik..Sila lawati website untuk gambaran lebih lanjut. di disi disertakan sedikit printscreen maps lokasi  dan lokasi menarik lain yang berhampiran


Akhir sekali disertakan sedikit gambar didalam google maps..Jika berminat

sila hubungi 019540713 / 097784032...yana.. untuk tempahan homestay dan keterangan lanjut

Isnin, 12 Oktober 2015

homestay azean near kubang kerian


1 unit homestay 

3 bilik tidur (semua bilik air-cond)
2 bilik air
1 ruang tamu
1 ruang makan
1 ruang dapur
Porch berbumbung untuk 2 kenderaan
Kawasan parking yang luas di kawasan homestay

Lokasi terbaik

5 min ke USM
10 min ke Wakaf Che Yeh, RTC Tunjong
15 min ke Kota Bharu (Jusco, AeonMall)
20 min ke Airport Sultan Ismail Petra

berhampiran Gulatis,kedai makan,masjid, pasar raya, Klinik, Watson, 7-eleven, KFC, Pizza Hut, Dobi, Bank, Stesen Minyak, Kedai makan,
Cool blog, kedai buku, dan lain-lain

Check in time: 2.00 pm
Check out time: 12.00 pm





PANDANGAN HADAPAN


HALL1

HALL 1

MASTER BED ROOM- WITH TV AND AIR COND

2RD ROOM.. AIRCOND

3RD ROOM -AIRCOND

DAPUR- MEJA MAKAN DAN PERALATAN MEMASAK


RUANG SANTAI


Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi : 


Yana : 0195403713,, 097784032)

mudah: http://www.mudah.my/vi/51070551.htm